Thursday 6 December 2012

Kelebihan Menyimpan Emas

Antara kelebihan-kelebihan menyimpan EMAS  

  1. Ia merupakan aset yang kalis inflasi yang melindungi setiap sen hasil titik peluh anda. 
  2. Ia sangat berharga sehinggakan sesiapa sahaja melihatnya akan merasa ianya sangat berharga. 
  3. Ia merupakan pelindung kewangan anda apabila negara berada dalam kegawatan ekonomi dan politik. 
  4. Ia tidak boleh dimusnahkan seperti wang kertas. Jika berlaku kebakaran EMAS tidak akan hancur menjadi debu seperti wang kertas. 
  5. Dan banyak lagi kelebihannya yang mungkin anda boleh tanya dengan En. Google :)

Tuesday 4 December 2012

Perkongsian Tips dari salah seorang warga CariGold

Tips ini diperolehi dari salah seorang warga CariGold (cikgusimple)~mohon kebenaran.

Saya post disini sekadar utk menyampaikan perkongsiannya yg saya rasa ada betulnya tentang EMAS..setelah saya membaca tips yg diberi saya telah besetuju dgn 6 tipsnya..

Ada 6 perkara yang saya rasa harus anda elakkan dari melakukannya.Akan saya kupas dalam artikel bertajuk “6 Jangan dalam simpanan emas ” ini.

1.Jangan malas

Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dapatkan info yang berkaitan dengan emas,sejarahnya,perkaitan dengan wang kertas,jenis-jenis emas,produk yang ada di pasaran,dan banyak lagi yang perlu anda ketahui.Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.

Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas,syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya.Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada.Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen.Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.

Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM,oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya.Syarikat yang dimaksudkan ialah Genneva,jangan terpedaya dengan hibah yang dijanjikan kerana anda sudah membayar lebih sebenarnya.Dan yang terkini,scam yang sedang mengganas ialah Barrick Corporation yang memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama syarikat pelombong di Kanada iaitu Barrick Gold Corporation.

Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda.Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami simpanan emas secara personal dengan cara online dan offline.Boleh klik menu “Kelas Emas”.

Tambah ilmu dengan membaca buku atau cari maklumat di internet

2.Jangan Ar rahnu sebarangan

Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu kebelakangan ini.Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan,bukan kepada mereka yang tamak.Siapakah yang tamak?

Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti ini:

Katakan emas 999 100g berharga RM10k,pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga.Urusan dengan peniaga sudah selesai,dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini.Apa cerita dengan pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.

Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar rahnu dengan harga yang rendah.Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli,kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain

Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak.Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas.Paling menyedihkan,mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.

Sistem ini salah di sisi agama.Awas jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!

Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT emas.Ini juga harus anda jauhi.Tambahlah emas anda mengikut kemampuan,bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.

Ar rahnu bukan perniagaan dan jangan salah gunakannya


3.Jangan simpan wang kertas

Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas,sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian.Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai.Setiap kali harga emas naik,ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita.Jangan terpedaya dengan bonus,dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.

Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.

Buat pilihan yang terbaik


4.Jangan tunggu

Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli.Orang selalu cakap emas mahal,tak mampu nak beli.Ya,memang betul emas mahal,hampir setiap tahun orang kata emas mahal..jadi masa bila emas murah?

Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal,RM38/gram pun orang kata mahal,RM90/gram pun orang kata mahal,sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal.Jawapannya,tahun demi tahun harga emas makin mahal.Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas.Apa tidaknya,dulu beli emas masa RM140/gram,sekarang dah RM200/gram..ini baru simpan sahaja dah untung,kalau yang meniaga macam mana,lagi untung!

5.Jangan tolak

Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham.Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini.Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan,tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.Saya dah bermula,anda bila lagi?

Sokonglah matawang sunnah Islam


6.Jangan pentingkan diri sendiri

Setelah anda menjadi seorang yang celik emas,janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.Sebarkanlah tentang emas ,perak,dinar dan dirham.Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza,contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.

Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas.Memang ada yang tidak boleh terima terus,gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di internet ..

Monday 3 December 2012

Terkini!

Anda boleh hubungi kami di :

Whatsapp : 018 3290816
BBM : 20E895A2
FB page : Infinity Gold & Jewellery
Twitter : @IGoldTrade
YM/e-mail : infinitygt999@yahoo.com

Wednesday 28 November 2012

Harga Emas Turun! Masa Membeli!


Harga Spot Emas pagi ini (29/11/12) adalah RM169/g! Turun dari RM171/g semalam dan RM173/g 3 hari lepas. Dengan kekuatan SPREAD RM3/g kita bolaeh membuat keuntungan apabila harga emas spot ini naik semula sekurang2nya RM4/g!
Purata pendapatan dari trading ini menghasilkan pendapatan sekitar 2-4% sebulan! Purata profit setahun sekitar 25-35%!
Kepada pelanggan-pelanggan IGT yg telah menjual emas anda pada minggu lepas boleh la mula membeli semula :)


~EMAS ADALAH SUATU PELABURAN ALTERNATIF YANG AMAT MENGUNTUNGKAN~
www.infinity-goldtrade.blogspot.com

Wednesday 21 November 2012

Update Terkini

Salam semua... Update terkini! Kami Menawarkan beberapa kaedah pembelian dan penjualan emas mengikut kehendak pelanggan :) Sila layari blog kami :) utk pertanyaan lanjut boleh terus hubungi kami di talian 0183290816 atau isikan borang temujanji kami atau email kepada infinity.gt.999@gmail.com :) sekian.

Sunday 11 November 2012

Pengambilan Untung!


Harga Emas Spot meningkat sebanyak RM4/g pada minggu lepas memberikan pelanggan kami KEUNTUNGAN sekitar RM2/g :)

Sekarang kita tunggu harganya turun sedikit rendah dan bersedia membuat pembelian :)

Biar untung sikit tapi kerap...org kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit :) :) :)




Wednesday 31 October 2012

Kami Kembali! Platform Gold Trading Dgn Spread Serendah RM3!!!


Salam kpd semua pembaca yg dihormati,

Sebelum ini kami telah menawarkan peluang trading emas dgn menggunakan Gold Bar Pamp Suisse 999.9 1g (minted) telah pun ditutup.
Pelanggan yg telah membeli boleh terus merujuk harga emas Pamp Suisse 999.9 1g (minted) di page harga kami bg urusan trading sehingga tamat tempoh perjanjian pelanggan.

Tawaran Terkini dari kami di Infinity Gold Trade (IGT) adalah spt berikut :

GOLD TRADING adalah satu peluang urusniaga FIZIKAL EMAS untuk jangka pendek.

Urusniaga ini memerlukan kemahiran dan pengalaman untuk membuat KEPUTUSAN JUAL BELI emas dalam tempoh 24 jam.

Kelebihan Gold Trading bersama KAMI:

1. JUALBELI FIZIKAL - GOLD
2. HARGA REALTIME – 24 JAM
3. KAUNTER JUALBELI - MAGEX
(http://mgt-international.blogspot.com/)
4. SPREAD RENDAH – RM3.00


Terma & Syarat Trading:

1. Isi Borang Trading   : Disahkan Oleh Infinity Gold Trade
2. Surat Perjanjian       : Infinity Gold Trade dan pelanggan
3. Waktu Urusniaga     : 1. Isnin – Jumaat, 9.00 AM – 6.00 PM (pelanggan)
                                 2. 24jam (gold trader yg dilantik-IGT)
4. Transaksi Jual Beli   : Fizikal Gold Bar 999.9
5. Minimum pembelian : 200g


untuk penerangan & perbincangan dengan lebih lanjut sila sms ke no. hp dibawah atau layari blog kami spt alamat dibawah dan isikan borang temujanji.
__________________
Isi borang temujanji di blog kami utk penerangan PeRCUMA!
SMS <nama> <lokasi> ke 018 3290816

~EMAS ADALAH SUATU PELABURAN ALTERNATIF YANG AMAT MENGUNTUNGKAN~

Monday 29 October 2012

Mari Amalkan Doa Pembuka 12 Pintu

Tuan puan,
Doa adalah senjata UTAMA umat ISLAM kita..
Jom amalkan doa ini selepas setiap solat fardhu kita..
Semoga bertambah2 rezki kita hendaknya.



"Allahumaftah Lii Abwaabil Khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati, wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati, wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, Ya Arhamar Rohimiin."


Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


~Amin~

Wednesday 24 October 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA


KAMI DI INFINITY GOLD TRADE (IGT) INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA!